Pages

Thursday, 7 November 2013

Coffee House




Tajuk drama: Coffee House
Jumlah episod: 18 episod
Genre: Romantik dan komedi
Tarikh ditayangkan: 17 Mei 2010- 27 Julai 2010 (saluran SBS)

Siapa yang dah tengok mesti kata best. hhahaa..Anyway, drama ni randomly menceritakan kisah


--> Percintaan antara seorang penulis dan penerbit
--> Percintaan antara senior penulis dengan penerbit
--> Percintaan antara setiausaha penulis dengan penulis
--> Percintaan antara Pengurus Kafe dengan Setiausaha penulis
--> Percintaan antara bapa Setiausaha dengan janda sebelah rumah mereka 
--> Kesungguhan seorang Setiausaha untuk menjadi seorang penulis dan Pro


siapa penulis? siapa penerbit? siapa senior penulis? siapa setiausaha penulis? siapaaa?? taraa..




1: Jung Woong-in memegang watak Han Ji-won (Senior penulis)

2: Park Si-yeon memegang watak Seo Eun-young (Penerbit)
3: Kang Ji-hwan memegang watak Lee Jin-soo (Penulis)
4: Ham Eun-jung memegang watak Kang Seung-yeon (Setiausaha penulis)

nota entri: penerbit tu sebenarnya kawan bekas isteri penulis. bekas isteri penulis meninggal lepas diaorang bercerai.

Banyak sungguh kisah percintaan dalam drama ni. Si A suka Si B. Tapi pada masa yang sama, Si C pun suka si B. Dalam drama ni, korang akan banyak la jumpa kes macam ni. Tapi cerita ni tak de lah touching lelebih, ada jugak lawaknya, ratio touching:lawak tu, aku boleh bagi 60:40 lah..Cerita ni berakhir dengan penulis kahwin dengan penerbit. Setiausaha penulis pergi ke Galapagos Island untuk mencapai cita-cita dia menulis buku. Senior penulis pulak memutuskan hubungan dengan penerbit dan mula berkenalan dengan seorang foreigner. The End

 Kang Seong Yeon dalam plane tengah on the way nak pegi Galapagos Island

Part yang paling aku suka tengok?
Of course la kesungguhan seorang setiausaha untuk menjadi seorang penulis dan seorang Pro. Siapa yang nak memotivasikan diri harus tengok cara Kang Seong Yeon ni menapak dari bawah sehinggalah berjaya menjadi penulis di stesen radio. Daripada tak tau asah pensel mengikut citarasa Lee Jin Soo kepada tahu. Daripada tak pandai buat kopi kepada mahir buat kopi. Kang Seong Yeon ni sabar je dengan karenah Lee Jin Soo dan segala apa yang Lee Jin Soo tu cakap semua dia buat. Yang aku kagum ngan Kang Seong Yeon ni, ape je yang Lee Jin Soo cakap semua dia hadam and masukkan kat dalam kepala dia sampai Lee Jin Soo tu sendiri tak ingat yang dia pernah suruh Kang Seong Yeon ni summarizekan buku fossil ape tah. Padahal, bukannya Lee Jin Soo pakai pun. Walaupun dia tau Lee Jin Soo tak pakai, dia tetap buat seperti arahan. Kang Seong Yeon, you are AWESOME!


Coffee House drama preview 

masing-masing rasa awkward bila dengar lagu sesama. siapa pulak lelaki ni?? kalau nak tau, tontonlah Coffee House..wee~

inilah kerja Lee Jin Soo bila manuscript yang dia tulis went wrong. dia start main domino tak henti-henti


Ahjumma sebelah rumah bertemu nenek Kang Seong Yeon


 saya pun nak main jugak..tsk..

ape pandang-pandang..tulis buku tu cepat..ha..ha..

waktu shooting kami berlawan, luar shooting kami kawan tau..peace yo!

3 comments:

  1. Hehehe aku memang banyak gilaaa tngok drama korea berbanding drama melayu :e

    Nak suggest drama korea yang best pernah aku tengok :

    1. My Princess
    2. Cyrano : Dating agency
    3. Hero
    4. Take care of us, captain
    5. I hear your voice
    6. Innocent man
    7. Heart strings
    8. God of study
    9. City Hunter
    10. Gumiho

    ReplyDelete
  2. dah lama sangat tak tengok cerita korea.. malas nak layan, nnti tersangkut.. hehehe

    ReplyDelete

Thank you for your feedback. Any request or inquiry, you may email me at zulfahmiazhar94@gmail.com

Regards,
Femmy