Pages

Tuesday, 28 July 2015

Tutorial PRAAT: Berkenalan dengan PRAAT Software

Assalamualaikum w.b.t. Hari ni aku nak berkongsi serba sedikit satu software yang aku guna untuk menganalisa bunyi pertuturan which is PRAAT software. Software ni aku guna dalam kelas Introduction to Phonetics dan Psychoacoustics.

Untuk download, sila klik SINI



Pertama sekali, lepas dah settle download and run software tu. Pergi dekat dekstop dan klik pada ikon PRAAT. Then, korang akan dapat dua windows macam gambar atas ni iaitu Praat Objects dan Praat Picture


Untuk mula berjinak-jinak dengan PRAAT, korang boleh 
  1. pergi kat Praat Objects
  2. Klik tab New
  3. Pilih Record mono Sound...

Nanti, akan keluar lagi satu windows which is Sound Recorder


Untuk mula record sound, korang boleh klik pada tombol Record. Then, korang boleh start rakam bunyi yang korang nak analyze dan setelah selesai merakam, tekan tombol Stop. Pada ruangan name, boleh la korang namakan bunyi yang korang rakam tu. Macam dalam kes ni, aku rakam bunyi /a/. Then, klik tombol Save to list & Close


File tersebut akan muncul secara automatik pada window Praat Objects. Kemudian, klik pada ikon View & Edit yang terdapat di bahagian kanan window Praat Objects dan korang akan dapat satu lagi window yang menujukkan waveform (atas) dan spectogram (bawah) untuk bunyi yang korang dah rakam tadi. 


Untuk mendengar semula bunyi rakaman korang, klik pada bar Total duration yang paling bawah sekali tu. Then, rakaman korang akan diperdengarkan semula.

Itulah pengenalan serba sedikit tentang software PRAAT. InshaAllah, later on aku akan share pulak macam mana untuk hasilkan text grid dekat PRAAT dan kita juga akan berkenalan dengan Pitch, Intensity dan Formant.




 Praat is a Dutch word means talk or speak

No comments:

Post a Comment

Thank you for your feedback. Any request or inquiry, you may email me at zulfahmiazhar94@gmail.com

Regards,
Femmy