Pages

Friday, 31 July 2015

Tutorial PRAAT: Menghasilkan Text Grid

Bismillahirrahmanirrahim. Assalamualaikum w.b.t. Sebelum ni aku dah share kat korang asas-asas menggunakan PRAAT, so hari ni aku nak sambung tutorial ni dengan mendedahkan kat korang cara-cara nak hasilkan text grid kat PRAAT

Text Grid ni kegunaan dia untuk memudahkan kita taip perkataan ataupun buat phonetic transcription berdasakan spectogram yang dah kita dapat. So, let's get started.


Pertama, bila dah selesai record speech sound yang korang nak analyse tu, pergi dekat window Praat Objects dan cari option Annotate- . Kalau dah jumpa, korang klik kat button Annotate dan dia akan keluar lagi banyak-banyak option. Korang pilih To TextGrid




Secara automatik dia akan keluar lagi satu window iaitu Sound To TextGrid. Korang klik je button OK




Nanti dekat window Praat Objects tu dia akan keluar satu lagi list iaitu Text Grid untuk bunyi yang korang dah rakam tadi. Tekan button CTRL dekat keypad korang dan pada masa yang sama klik kat Sound dan Text Grid tu. Seterusnya, klik pada button View & Edit dekat bahagian kanan paling atas window Praat Objects tu




Tahniah! Korang sudah berjaya menghasilkan Text Grid :) Mudah kan. InshaAllah, dalam tutorial PRAAT yang seterusnya, aku akan ajar korang macam mana caranya nak memanfaatkan Text Grid yang dah kita hasilkan tadi. 

No comments:

Post a Comment

Thank you for your feedback. Any request or inquiry, you may email me at zulfahmiazhar94@gmail.com

Regards,
Femmy