Pages

Thursday, 19 January 2017

Misaeng (Incomplete Life)

Sinopsis
Drama ni mengisahkan suka duka kehidupan orang yang bekerja. Drama ni sangat best dan sentimental. Watak-watak yang ada dalam cerita ni sangat menggambarkan orang-orang yang kita jumpa dalam kehidupan seharian kita. Aku suka drama ni sebab dia nampak real and sangat related dengan kehidupan kita. Watak-watak yang ada dalam cerita ni pulak banyak mengajar penonton tentang erti kesabaran, kegigihan dan ketabahan dalam menjalani alam pekerjaan yang mencabar. Kat bawah ni adalah antara watak-watak yang ada dalam drama ni. Oh ye, by the way drama ni diadaptasikan daripada cerita komik (bukan novel ea). Ada 20 episode kesemuanya. 


Young Yi 
Seorang yang sangat penyabar especially dengan bos dia. Walaupun dia selalu kena tengking, kena marah dan kena herdik dari bos dia, tapi dia masih tetap sabar. Pernah sekali tu, pipi dia luka sebab bos dia baling kertas kat muka dia. Dia ni sangat cekap dalam pembentangan sehinggakan mampu menjawab semua soalan dan kritikan yang orang bagi dekat dia dengan firm dan accurate. Selain tu, dia sangat patuh pada arahan dan pandai bawak diri kat mana-mana company yang dia pergi. Dalam cerita ni, ada satu masa tu dia diuji dengan masalah keluarga dan penindasan daripada big boss. Masa tu dia down sikit. Dia jugak sangat cekap dalam bekerja especially yang melibatkan dengan tugas-tugas secretary. Young Yi ni sangat berani. Walaupun dia perempuan, dia sanggup bawak lori untuk hantar barang ke pelabuhan. Dia sangat fasih berbahasa dan bertutur (boleh bercakap dalam beberapa bahasa asing). Aku suka cara dia jawab panggilan telefon dari foreigner. Cool and relax je. 

Jang Geu Rae 
Dia ni watak utama dalam cerita ni. Dia ni sentiasa keluar bekerja dengan satu harapan, semangat dan senyuman. Dia sangat updated dengan sistem filing sama ada di pejabat mahupun di dalam database komputer. Seorang yang sangat kemas dan teratur bila buat sesuatu tugasan. Dalam drama ni dia ada tunjuk yang Geu Rae ni rajin cut and paste information and tampal dalam note book dia. Selain tu, dia rajin buat kerja part time. Jang Geu Rae ni sebenarnya walaupun tak study tinggi-tinggi, tapi dia seorang yang cepat catch up and cepat belajar. Dia boleh hafal satu dictionary dalam masa beberapa hari je. Dia ni ada instinct penyiasat//penganalisis sikit. Mungkin disebabkan oleh pengalaman dia sebagai pemain baduk professional sebelum ni. Selain tu, dia sangat pandai bertindak dan sentiasa melontarkan idea yang bernas. Dia gigih bekerja..keluar awal pagi balik malam hari. Dia jugak adalah penyuntik semangat kepad orang kat sekeliling dia sama ada senior, kawan-kawan mahupun bos. Dia tak mudah melatah kalau idea atau pandangan dia dikecam. 

Baek Ki
Dia ni seorang yang kuat jealous especially dengan kawan-kawan dia. Kalau boleh, dia nak dia je yang perform. Kalau ada kawan dia yang lagi perform, mesti dia akan rasa sedih, jealous dan tak suka dekat orang tu. Disebabkan dia rasa diri dia ni superb, dia sangat memilih bila buat kerja. Kalau boleh, dia tak nak buat kerja yang senang-senang/ basic. Dia nak buat kerja yang high class. Dia suka buat orang impress dengan dia. Ada satu masa, dia tak nak tolong kawan sebab takut dia dibuang kerja. Tapi, walaupun dalam diam dia kuat cemburu, ada jugak masa yang dia tolong kawan dia. 

Seok Yool 



Dia ni seorang pekerja yang pentingkan tugasan kat tapak projek berbanding pejabat. Dia ni seorang yang cool dan sempoi. Dia selalu kena buli dengan bos baru. Disebabkan selalu kena buli dan ditindas, ada satu saat yang personaliti dia berubah jadi senyap. 

Oh Sang Shik 
Jang Geu Rae bersama bos dan manager nya
Seorang boss yang sporting. Dia tetap tabah mengetuai sales team dia walaupun banyak projek yang dia gagal. Walaupun busy, dia tak pernah lupa untuk habiskan masa dengan family waktu weekends. Anak-anak dan isteri dialah yang menjadi tulang belakang kepada dia untuk terus kuat menghadapi cabaran dalam bekerja. 

Manager Kim 
Seorang yang baik hati, setia dan sentiasa mahukan yang terbaik untuk team dia. Sangat arif dan sentiasa memahami apa yang sedang berlaku pada satu-satu masa. Dialah yang banyak menjaga kebajikan sales team ni secara tak langsung turut membimbing Geu Rae untuk kerja kat syarikat dengan baik.



Sun Ji Young


Dia sangat busy dan selalu tak dapat nak luangkan masa untuk anak perempuan dia. Satu hari dia sedar yang anak dia kurang dapatkan kasih sayang dari dia. Kadang-kadang dia terpaksa kerja lebih masa sehinggakan satu hari dia collapse sebab penat sangat. Sebagai seorang senior, dia pandai memberikan nasihat kepada pekerja baru

Assistant Manager Kang
macho, relax and cool. Di sebalik setiap yang dia arahkan kat Kang Ha Neul, ada reason di sebaliknya. Dia sebenarnya nak ajar and emphasize kat Kang Ha neul untuk fokus pada benda-benda yang basic sebab benda tu penting tapi ramai yang pandang enteng/ ringan 





Sweet Scene 


Scene yang paling sweet aku rasa adalah bila diaorang berlima bertungkus lumus dekat hotel waktu cuti dengan Oh Sang Shik untuk siapkan report Puan Ji Young. Disebabkan penat sangat, dia orang siap tertidur atas katil. Oh Sang Shik siap tangkap gambar and sent kat diaorang. Tapi, lepas tu diaorang delete sebab segan dengan masing-masing. Hahaha..cute betul. Drama ni aku bagi lima bintang ★★★★★



Ada banyak lagi watak-watak yang ada dalam cerita ni. Drama ni best sebab even watak sampingan sekalipun, impak yang dia bagi masa kemunculan watak tu sangat kuat sampai orang boleh ingat bila-bila. Kalau korang tengok nanti, korang taulah.

Geu Rae yang gigih- dah balik rumah pun study lagi

kena take note ni apa nak kena buat hari ni
"kalau ada tips-tips berguna, saya simpan dalam buku ni lah", kata Geu Rae kepada Manager Kim

gulp..alamak, interviewer dah sampai..korang semua dah ready ke?


THE END

No comments:

Post a Comment

Thank you for your feedback. Any request or inquiry, you may email me at zulfahmiazhar94@gmail.com

Regards,
Femmy