Pages

Tuesday, 5 September 2017

Clinical Placement @ HKL

Assalamualaikum semua. Dah lama rasanya tak menulis kat sini. Hari ni, aku nak cerita sikit lah pasal pengalaman clinical placement/ internship selama dua bulan kat Klinik Otorhinolaringologi HKL. Buat pengetahuan semua, sebelum nak pergi clinical placement ni, kami kena isi borang pemilihan hospital dulu. Selain HKL, aku ada jugak mintak PPUM and PPUKM. Alhamdulillah, dapat HKL (pilihan pertama). Mungkin sebab aku dan partner antara yang terawal hantar borang. Clinician kata dia akan proses borang based on first come first serve basis. Kalau nak selamat, better hantar awal borang tu. Tapi make sure sebelum hantar borang tu, dah fikir sekali nak duduk mana and nak naik apa masa pergi intern nanti.  

As for me, I choose KL because dekat Perak takde langsung tempat intern yang tersenarai. Second, banyak saudara mara kat KL boleh tumpang duduk. Third, dekat KL banyak sangat public transport, so no need to worry. Aku mendaftar pada 3 Julai 2017 dan berakhir pada 25 Ogos 2017 (dua bulan approximately). Kat HKL ni, nama klinik dia Klinik Otorhinolaringologi. Klinik ni terletak dekat Tingkat 6 bangunan baru Kompleks Pakar dan Rawatan Harian.  Dekat klinik ni ada 34 bilik. Daripada 34 bilik tu ada 9 bilik untuk unit audiologi dan selebihnya bilik pengurusan, bilik speech and bilik doktor ENT.

 
ruangan menunggu patient
Senarai bilik untuk unit Audiologi

Bilik 24 = Vestibular 
Bilik 25 = Audiometri 3
Bilik 26 = Elektrofisiologi 1
Bilik 27 = Elektrofisiologi 2
Bilik 28 = Latihan Auditori
Bilik 29 = Audiometri 2
Bilik 30 = Audiometri 1
Bilik 31 = Rehabilitasi Implan
Bilik 32 = Konsultasi Audiologi





Bilangan Audiologist dekat sini pulak ada 11 orang. Dekat sini, setiap audiologist akan pegang satu jenis kes mengikut hari. Contohnya, hari Isnin Audiologist A dapat kes Hearing Aid. So, dari pagi sampai petang, dia akan jumpa patient hearing aid sahaja. Esoknya, dia akan tukar kepada kes ABR pulak. So, dia akan jumpa patient ABR sahaja keesokan harinya. Satu hari ada dalam 60 ++ patient yang datang. Tapi disebabkan bilangan patient tu dah diagih-agihkan, so secara purata seorang audiologist akan dapat 8 orang patient sehari. Paling ramai pun 10 orang sehari (kalau ada kes yang walk in). Tapi kadang-kadang tak semua patient datang appointment. Daripada 8 orang yang ada appointment, kadang-kadang separuh je yang datang.


me doing PTA..(acah je..ahhaaha)
Setiap audiologist ada buku rekod pesakit yang dia akan jumpa setiap hari. So, nak tau patient apa yang kita akan jumpa, boleh cek dekat buku rekod audiologist kat kaunter pendaftaran. Kebiasaannya, dekat sini, setiap patient akan jumpe dengan audiologist yang sama sepanjang dia mendapatkan rawatan dekat klinik ni.

PTA dekat sini pakai brand GSI and Interacoustic. Tymp ada GSI and MAICO. ABR pulak pakai BioLogic. Kalau hearing aid pulak ada macam-macam brand yang ada. Antaranya, Phonak, Siemens, Unitron, Resound, Starkey, Sonic, Bernafon, Hansaton, Nu Ear, Intertone dan Oticon. Untuk universal newborn hearing screening (UNHS), student praktikal tak involve sangat. Audiologist je yang akan buat. Untuk UNHS, patient akan datang sendiri ke klinik melainkan untuk kes-kes kritikal contohnya patient yang memerlukan bantuan machine sepanjang masa, audiologis yang akan bergerak ke wad-wad untuk buat ujian saringan pendengaran. Selain tu, Hearing in Noise Test (HINT) pun ada. 



CME setiap hari khamis pagi
Setiap hari Khamis pagi, semua staff dekat department ENT kena pergi CME. CME stand for Continuing Medical Education. Nak tau lebih lanjut boleh google. In simple words, CME ni macam small talk yang diberi oleh doktor ENT or other healthcare professionals (audiologist, SLP) regarding a topic/ issue/ matters. Lebih kurang macam perhimpunan mingguan for the department. Masa praktikal ni, kami tak perlu punch card tapi kena masuk ikut waktu bekerja lah. Selalunya, klinik akan start dalam pukul 8.30 sebab kena tunggu fail patient sampai dulu baru boleh proceed dengan testing. Habis selalunya pukul 4.30 petang. 

Kalau takde patient, kami akan stay untuk siapkan report, registry and discussion. Regarding report, kalau patient tu ada appointment jumpa doktor ENT lepas tu, kita kena siapkan report on the spot sebab doktor nak baca report kita before dia jumpa patient. Ada sesetengah patient yang doktor refer untuk buat tymp sahaja. Kalau masa tu kita tengah free takde patient bolehlah tolong ambik mana-mana patient yang kena buat tymp. 

case presentation (kami present masa minggu ke 7)
Memandangkan clinical placement ni one of the requirement for graduation, ada lah jugak benda- benda yang kena settlekan. Untuk placement ni kita kena present 3 case (adult case, paed case, sepecial case). Special case tu sama ada hearing aid/ vestibular/ cochlear implant. Nanti akan ada clinician/ lecturer datang untuk tengok presentation and bagi markah.Selain tu, kena siapkan case report and case study. Selebihnya, markah penilaian dari supervisor. Log book pun kena isi jugak. Presentation hari tu me and partner present on sudden SNHL, otitis media and progressive hearing loss cases.

Terima kasih sangat I wish to Klinik ORL HKL, my supervisor, clinician, lecturers, friends, partner and family members sepanjang keberadaan di KL for 2 months. Only Allah can reward you all. Semoga halal segala ilmu yang aku belajar kat sini and semoga dapat perform dengan lebih baik lagi nanti. InshaAllah. Rasanya tu je lah benda yang nak cerita, kalau ada apa-apa soalan nak tanya boleh komen kat bawah. Sekian. 

 

No comments:

Post a Comment

Thank you for your feedback. Any request or inquiry, you may email me at zulfahmiazhar94@gmail.com

Regards,
Femmy